Maaf.

Harini terpancar matahari
Hari esok hujan pula menurun
Lalu pelangi pula ambil tempat
Seperti hidup aku
Yang bahagia dan sedih datang mewarna
Datang mewarna selepas panas dan hujan

Setiap hari aku berkata
“Hari esok akan tiba hari esok akan tiba”

Tapi bila tiba

Kau menjadi angin
Menolak setiap awan ke sana ke mari
Hingga tempias hujannya yang bukan ditempatnya

Maaf
Aku cuma manusia
Kadang marah dan bahagia di luar batasan
Tapi aku sentiasa mencuba jadi yang terbaik

Maaf
Aku setia
Jasadku usah risau dia tetap ada
Kau suruh aku bertahan dengan sikapmu
Aku akan sentiasa bertahan
Aku janji

Hanya kamu..
Terima maafku

Aku cuma mahu kamu.

Amal



Comments