Posts

Menyepi

Saat pandang matamu Aku akan sentiasa berfikir Apakah dalam mata dan hatimu  Juga punya diri aku Atau Seakan membuatku ada agar kamu boleh Melupakan yang lama Aku tidak mahu menjadi pengganti atau kedua Aku hanya mahu diri aku menjadi Watak Utama Agar aku terasa aku dicintai sepenuh hati Jika nati aku pergi meninggalkan bumi Aku mahu kamu tahu Hiduplah bersama orang yang akan membahgiakan mu Agar kamu boleh tersenyum seperti selalu

Maaf.

Harini terpancar matahari Hari esok hujan pula menurun Lalu pelangi pula ambil tempat Seperti hidup aku Yang bahagia dan sedih datang mewarna Datang mewarna selepas panas dan hujan Setiap hari aku berkata “Hari esok akan tiba hari esok akan tiba” Tapi bila tiba Kau menjadi angin Menolak setiap awan ke sana ke mari Hingga tempias hujannya yang bukan ditempatnya Maaf Aku cuma manusia Kadang marah dan bahagia di luar batasan Tapi aku sentiasa mencuba jadi yang terbaik Maaf Aku setia Jasadku usah risau dia tetap ada Kau suruh aku bertahan dengan sikapmu Aku akan sentiasa bertahan Aku janji Hanya kamu.. Terima maafku Aku cuma mahu kamu. Amal

Pertemuan

Pertemuan Ianya Sementara Sehingga sampai waktunya Akan berpisah jua Kadang aku sering mempersoalkan Mengapa pertemuan itu berlaku Kalau akhirnya berpisah? Tapi aku mula sedar Kita juga sementara di dunia ini Tiada apa yang kekal Sampai waktunya nanti Aku dan Kau tetap akan pergi Pada masa yang sama Ia juga menjadikan aku kuat Walaupun adakalanya aku terasa jatuh Tapi jiwa aku tidak selemah dulu Aku syukur Setidaknya hari ini Aku tahu apa aku perlu buat  Tidak sebodoh yang dulu Tidak juga selemah yang dulu Cumanya.. Aku harap Hari ini Orang yang bersama aku Benar mencintai dan sayangkan aku seikhlas hati Aku harap dia tidak sia sia kan hati yang aku buka ini Moga pertemuan kali ini bukan hanya sebuah mimpi. Aminyarabbalalamin.

Tidak Apa

Tidak apa Aku biasakan Mungkin aku akan terbiasa Seperti selalunya Aku ini orangnya Lihat senyum di depan kamu Sambil berfikir Apa yang aku risaukan  Aku ini orang yang  Kamu lihat bahagia saja Gelak yang sia sia Tapi belakangmu Hanya mahu diam  Hanya mahu ditemani terang bulan dan bintang Hanya mahukan buaian yang mampu buat aku terbang seketika Ada sampai satu tahap Aku seperti tidak kisah apa apa Apa mahu jadi Tapi.. Kalau benar aku tidak kisah Kenapa setiap malam bila mereka Tiba tiba hilang  Aku rasa sedih yang dalam? Percayalah yang sebenarnya Aku kecewa dengan diri aku Tidak mampu buat mereka bahagia seperti sebelumnya Kerana itu bila satu per satu pergi jauh Aku tanya Apa salah aku? Aku ini membosankan. Kan?