Tidak Apa
Tidak apa Aku biasakan Mungkin aku akan terbiasa Seperti selalunya Aku ini orangnya Lihat senyum di depan kamu Sambil berfikir Apa yang aku risaukan Aku ini orang yang Kamu lihat bahagia saja Gelak yang sia sia Tapi belakangmu Hanya mahu diam Hanya mahu ditemani terang bulan dan bintang Hanya mahukan buaian yang mampu buat aku terbang seketika Ada sampai satu tahap Aku seperti tidak kisah apa apa Apa mahu jadi Tapi.. Kalau benar aku tidak kisah Kenapa setiap malam bila mereka Tiba tiba hilang Aku rasa sedih yang dalam? Percayalah yang sebenarnya Aku kecewa dengan diri aku Tidak mampu buat mereka bahagia seperti sebelumnya Kerana itu bila satu per satu pergi jauh Aku tanya Apa salah aku? Aku ini membosankan. Kan?