Posts

Showing posts from August, 2021

Maaf.

Harini terpancar matahari Hari esok hujan pula menurun Lalu pelangi pula ambil tempat Seperti hidup aku Yang bahagia dan sedih datang mewarna Datang mewarna selepas panas dan hujan Setiap hari aku berkata “Hari esok akan tiba hari esok akan tiba” Tapi bila tiba Kau menjadi angin Menolak setiap awan ke sana ke mari Hingga tempias hujannya yang bukan ditempatnya Maaf Aku cuma manusia Kadang marah dan bahagia di luar batasan Tapi aku sentiasa mencuba jadi yang terbaik Maaf Aku setia Jasadku usah risau dia tetap ada Kau suruh aku bertahan dengan sikapmu Aku akan sentiasa bertahan Aku janji Hanya kamu.. Terima maafku Aku cuma mahu kamu. Amal